MPF Statement regarding PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s directive that issues of religious sensitivity should not be openly debated in the public arena
The Muslim Professionals Forum ( MPF ) lauds PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s directive that issues of religious sensitivity should not be openly debated in the public arena.
We recognize that freedom of conscience (in the present context, religious freedom) and freedom of expression are among the fundamental rights that characterize a modern democratic society. However we regret that of late the climate of relative openness under the present administration has been abused by certain quarters into a free for all Islam-bashing in the name of championing religious freedom.
From the issue of moral policing, the call for the repeal of article 121 (1A), the case of the late Moorthy, the Islam Family Law Act (Federal Territory) and the latest controversy surrounding the conversion status of Azlina Jelani (Lina Joy), the slant has been overwhelmingly anti-Islam. Among others, this includes the denigration of broadly accepted Islamic teachings, belittling the Shariah, the authority of the ulama and religious institution etc. This is overtly evident in the articles, commentaries and readers’ letters in the English mainstream presses, news websites and weblogs.
We accept that our religious bureaucracy may lack the understanding, empathy and sophistication in carrying out their duties in a modern, multi-religious society like ours, and controversies such as the case of the late Moorthy may be attributed to this. However the denigration of Islam, the Shariah, the beliefs and norms held sacrosanct by mainstream Muslims is deeply insensitive and thrashes all norms of civility in inter-religious discourse.
While we respect the views of a miniscule of Muslims who champion a hyper liberal interpretation of Islam – making Islam subservient to prevailing secular notions of rights, freedoms and gender equality, such views remain a minority within the larger Muslim community, however fashionable or loud they may be. The generous media space accorded to them at the expense of mainstream views regrettably emboldens non-Muslim commentators and letter writers to transgress the limits of propriety in public discourse to comment on matters that are essentially intra-faith polemics and at times border on unabashed islamophobia.
Of course the articles and clauses of the Federal Constitution are open to individual interpretations. However the convenient disregard of the historical and social context on why Islam is distinguished in Article 3 (1) as “the religion of the Federation” ( but other religions maybe practised in peace and harmony ) as well as the reckless insensitivity towards mainstream Muslim sentiments are fomenting an unprecedented rift in our society.
That mainstream Muslims are reacting by holding gatherings at mosques to discuss these issues and the spreading of messages for Muslim solidarity in the face of Islamophobia via the net and SMS as counter-reactions are grave signs that our cherished religious harmony is being undermined by this reckless championing of sensitive issues.
But the degree of injury and insult to mainstream Muslim sentiments must be real enough for Malaysia’s eminent and respected Muslim lawyers to form Peguam Pembela Islam and for some 80 Muslim NGOs to form the umbrella group PEMBELA ( Defenders of Islam )
This is an unhealthy evolution of our nation. We would urge that all sides need to rein in passions, remain calm and heed to the call of the PM.
Very soon we will be celebrating our nation’s birthday again. Perhaps we should take stock of this occasion and reflect on the contemporary scenarios in the spirit of Merdeka and Muhibbah.
Dr. Mazeni Alwi
Chairman
Muslim Professionals Forum
Suite 1810, 18th Floor, Plaza Permata,
Jalan Kampar,
Kuala Lumpur 50400
Tel : 03-40427139
MPF MENGALU-ALUKAN SARANAN PM HENTIKAN PERDEBATAN ISU KEAGAMAAN
Muslim Professionals Forum (MPF) mengalu-alukan saranan Perdana Menteri supaya dihentikan perdebatan isu2 keagamaan didalam arina awam.
Kita sanjungi kebebasan berfikir (dalam konteks terkini kebebasan beragama) dan kebebasan bersuara sebagai hak asasi yang mencernakan sebuah masyarakat yang demokratik dan bertamaddun.
Namun demikian, suasana keterbukaan yang dipraktikkan kini oleh kerajaan telah di salah guna oleh beberapa pihak untuk mengutuk Islam di bawah naungan kebebesan beragama.
Ia nya bermula dengan isu penguatkuasaan moral, usaha-usaha kearah pembasmian Artikel 121(1A), kes Allahyarham Moorthy, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) dan yang terkini dihebuhkan kes murtad Azlina Jelani (Lina Joy). Kesemuanya mempamerkan nuansa penghinaan terhadap agama Islam. Ini termasuk merendahkan martabat ajaran Agama Islam, mengaibkan Shariah Islam, memandang rendah kuasa alim ulama dan institusi-institusi Islam. Ini jelas tersurat dan tersirat didalam penulisan, analisa dan komentari yang tersiar didalam akhbar perdana bahasa Inggeris, laman2 web dan weblog.
Kita tidak nafikan bahawa terdapat beberapa kekurangan dan kesilapan didalam birokrasi keagamaan rasmi didalam menangani pelbagai masalah yang timbul didalam sebuah masyarakat majmuk yang moden dan sofistikated. Kes Allahyarham Moorthy mungkin satu daripada contoh kedhaifan mereka didalam menangani suatu isu antara agama dengan cermat dan penuh hikmah. Tetapi ini tidak merupakan suatu lesen bertopengkan kebebasan beragama untuk menghina Islam, Shariah, kepercayaan dan norma-norma yang dianuti oleh kebanyakan umat Islam. Usaha sedemikian tidak sensitif langsung terhadap perasaan orang Islam dan membelakangkan norma-norma diskusi antara agama yang toleransi dan hormat menghormati.
Kita maklum dan hormati pandangan segelintir orang Islam di Malaysia yang terlalu liberal didalam fahaman mereka terhadap Islam. Mereka inginkan Islam tunduk patuh kepada nilai-nilai sekular yang dinobatkan sebagai nilai-nilai kemanusiaan sejagat berasaskan kebebasan mutlak dan persamaan jantina. Hakikatnya, mereka hanya merupakan pandangan yang minoriti, di anuti oleh sebilangan yang amat kecil, walaupun suara mereka agak kuat dan lantang.
Pihak media bahasa Inggeris telah memberikan ruang yang begitu bebas dan besar kepada golongan minoriti ini dan tidak mengendahkan pandangan umat Islam yang arus perdana. Tindakan ini telah memberanikan penulis-penulis bukan Islam untuk melontarkan analisa-analisa dan komentar-komentar yang melewati batasan-batasan penulisan yang beradab. Mereka mencampuri didalam hal-hal agama Islam yang tiada langsung bersangkutan dengan mereka dan menghasilkan tulisan-tulisan yang islamophobik.
Kita tidak menafikan hak mereka untuk membincangkan fasal Undang-Undang Persekutuan. Namun, usaha mereka menafikan konteks sejarah dan sosial didalam keunggulan Islam sepertimana termaktub didalam Artikel 3 (1) sebagai ”the religion of the Federation” (walaupun agama-agama lain boleh dipraktik secara aman dan tenteram) dan sikap tidak endah mereka terhadap sentimen orang Islam kini menatijahkan suatu keretakan yang dahsyat didalam masyarakat kita.
Orang Islam di Malaysia memandang serius prilaku yang biadap ini dan telah merancangkan pelbagai aktiviti untuk menangani arus Islamophobik yang kian meningkat. Senario terkini merupakan suatu petanda yang tidak sihat didalam hidup harmoni kita beragama hasil daripada kurang sensitifnya kita didalam menangani isu-isu keagamaan.
Rasa hina dan marah ini begitu memuncak sehingga peguam-peguam Muslim yang dihormati dan disegani telah menubuhkan Peguam Pembela Islam dan lebih 80 persatuan bukan kerajaan Muslim telah bergabung dibawah naungan PEMBELA Islam.
Selaku rakyat yang inginkan perpaduan dan kesejahteraan kita harus bersama-sama insaf terhadap keadaan yag agak getir ini. Kami diMPF mengharapkan semua pihak bersabar, tenangkan keghairahan yang melulu dan sambut dengan baik saranan Perdana Menteri.
Tidak lama lagi kita akan sama-sama meraikan Hari Kemerdekaan negara kita. Mungkin ini merupakan suatu peluang yang baik untuk sama-sama kita renung sejenak dan fikirkan cara yang terbaik untuk meredakan suasana yang tegang dengan hembusan jiwa yan merdeka dan muhibbah.
Dr Mazeni Alwi
Pengerusi
Muslim Professionals Forum Berhad
Suite 1810, 18th Floor, Plaza Permata,
Jalan Kampar,
Kuala Lumpur 50400
Tel : 03-40427139
5 Ogos 2006