Jawi Issue
MPF
The Muslim Professionals Forum Berhad is greatly concerned over reports of unprofessional behaviour of some JAWI enforcement officers who had mistreated and took advantage of youths detained in a discotheque raid on the eve of Eidul Adha. JAWI should come forward and clear the air over this issue, conduct a thorough investigation, and discipline its errant officers if this is found to be true.
However, the intensifying vitriol towards JAWI has been equally emotive, with the use of terms such as “Talibanistic”, “back to the middle ages”, “moral policing” etc. As a professional organisation, MPF would like to see the discourse rise above these knee-jerk labellings and accusations. The debate about the legality of the raid and misplaced argument over human rights have further muddled the issue.
Islam is the official religion of the Federation, although Malaysians are guaranteed freedom of worship. As a government institution; JAWI among other functions has been tasked to protect and maintain the public image of Islam (Shiar Islam). And for this purpose, it has been conferred with certain powers of enforcement. With the Prime Minister declaring the government’s commitment to Islam in the form of Islam Hadhari, surely a line has to be drawn somewhere, as any civil society would. This is especially on the eve of a festivity that commemorates a major Islamic worship, the Pilgrimage ( Hajj ).
The sensitivity of Muslims who make up the majority of the population have never been taken into consideration in this emotive affair. Yet, when it suits the occasion, we lament the moral waywardness of our youths, drugs abuse, the social problems arising out of the loose sexual mores and their lack of “jati-diri”. In conference halls we decry globalization’s usurpation and destruction of local cultures and the colossal erosion of “Asian values” among our youths.
The argument that maintaining a moral code that is more in tune with our religion, culture and tradition is bad for tourism, foreign investment and progress is specious.
The most reasoned voice in the whole affair came from the Women and Family Development Minister, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, who had proposed that such raids be carried out in the presence of women officials in the future. We urge Malaysians, the government, community leaders, and NGOs to be more reasoned and respectful of the sensitivity of others and the status of Islam as official religion of the Federation.
This affair merely calls for JAWI officers to be more professional in performing their duties and to discipline the errant ones.
BM Version :
Forum Profesional Muslim (Muslim Professionals Forum) memandang berat laporan berhubung tindakan tidak profesional sebahagian pegawai penguatkuasaan JAWI yang melayani secara buruk dan mengambil kesempatan terhadap para belia yang ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah kelab malam pada malam Idul Adha baru-baru ini. JAWI harus tampil ke hadapan dan menjelaskan isu tersebut secara telus, menjalankan penyiasatan rapi dan mendisiplinkan pegawai yang telah melampui kuasa yang diberi jika tuduhan tersebut adalah didapati benar.
Di sebalik itu, tuduhan-tuduhan melulu yang emotif terhadap JAWI, dengan penggunaan istilah-istilah seperti “Talibanistik”, “kembali ke zaman pertengahan”, “polis moral” dan sebagainya. Sebagai sebuah badan profesional kami ingin melihat agar satu wacana yang bernas berlangsung, yang mengatasi lemparan label-label dan tuduhan-tuduhan semata-mata. Perbahasan berhubung kesahihan serbuan dari segi undang-undang dan pengungkitan isu hak asasi manusia di luar konteks telah mengeruhkan lagi isu ini.
Hakikatnya agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan, walaupun rakyat Malaysia diberi jaminan untuk bebas mengikuti agama masing-masing. Sebagai sebuah institusi kerajaan, JAWI telah dipertanggungjawabkan untuk mempertahan dan menjaga imej Islam (syiar Islam) dalam masyarakat. Untuk tujuan ini JAWI telah diberi kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub. Dengan perisytiharan YAB Perdana Menteri mempertegaskan komitmen kerajaan terhadap Islam melalui Islam Hadhari, sudah tentu satu pendirian yang mencerminkan komitmen tersebut sewajarnya dibuat, seperti yang seharusnya yang dibuat oleh masyarakat. Ini apatah lagi pada masa umat Islam diambang merayakan suatu ibadah yang penting, iaitu ibadah haji.
Sensitiviti umat Islam yang merupakan majoriti penduduk Malaysia, dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi sepertimana termaktub dalam Perlembangan tidak langsung diambil kira dalam isu emotif ini. Malah, apabila kena dengan keadaannya, kita merungut mengenai keruntuhan moral golongan belia dan remaja kita, penyalahgunaan dadah, isu sosial yang terbit daripada budaya seks rambang, dan ketandusan jatidiri di kalangan mereka. Di dalam dewan-dewan persidangan kita mengeluh mengenai kerosakan budaya kita lantaran globalisasi serta penghakisan nilai-nilai Asia di kalangan anak muda.
Alasan yang mengatakan bahawa menjaga kod moral yang selaras dengan agama, budaya dan tradisi adalah tidak baik untuk pelancongan, pelaburan luar dan kemajuan adalah rapuh.
Suara yang paling rasional dalam perkara ini datangnya daripada Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Shahrizat Abd Jalil, yang mencadangkan agar serbuan sedemikian pada masa depan dibuat dengan kehadiran pegawai-pegawai wanita. Kami menyeru semua rakyat Malaysia, Kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat serta NGO menjadi lebih beralasan dan menghormati sensitivi pihak-pihak lain dan status Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Dalam hal ini, apa yang diperlukan adalah agar pegawai-pegawai JAWI bertindak secara profesional dalam menjalankan tugas mereka, dan mengambil tindakan disiplin ke atas mereka yang bersalah.