Latest posts:
VPM-Razan Fund For Medical Relief & Training
Building a Nation Together – Imam Suhaib Webb
Essentials of Faith – Imam Suhaib Webb
Qurban ’18 – Eid-Al-Adha, a time of sacrifice, love, and helping the needy
Sheikh Yahya in Malaysia

Latest posts:
Reflections about the ICERD rally
TRANSFORM, PERFORM, CONFORM OR …
ICERD
Utusan Meloya dan warna stokin
The Demonisation of Maszlee Malik

Latest posts:
GBM Statement: Stopping the Culture of Crossover
Adopt a Hafiz in Gaza (Report)
Giro D’Italia (Kenyataan Akhbar BDS Malaysia)
Gabungan Bertindak Malaysia (GBM): Call to all Political Parties to Commit to Inclusive National Unity
Reflections on #SaveRohingya Cox’s Bazaar, Bangladesh by Dr. Musa Mohd Nordin

More posts: News/Announcements | Events | Articles | Letters | Reviews | Press Releases | Publications

Utusan Meloya dan warna stokin

Utusan Meloya dan warna stokin
Tok Misai
17 Oktober 2018

Utusan Malaysia memang patut dipanggil Utusan Meloya. Logiknya selepas kerajaan BN ditong-sampahkan oleh rakyat pada 9 Mei lalu, Utusan Meloya sepatutnya insaf dan bertaubat dari menyebarkan berita-berita fitnah yang membuat rakyat rasa gelisah tidak tentu pasal. Perbuatan seperti ini bukan kerja orang beriman. Ini kerja orang munafiq yang suka melihat rakyat dan negara jadi tunggang langgang.

Saya berkata begini kerana rasa meluat baca artikel yang disiarkan oleh akhbar cabok ini mengenai Menteri Pendidikan baru Malaysia yang bernama Dr. Maszlee Malik (DMM) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Punyalah banyak isu dan urusan penting lain yang DMM bincangkan pada lawatan beliau ke PPUM dua hari lepas, tiba-tiba berita yang dikutip dan disiarkan oleh Utusan Meloya secara meluas ialah mengenai warna stokin murid-murid sekolah pula. Kamu tidak sedar dirikah yang akhbar kamu ni sudah lama tak laku dan kedudukan kewangan syarikat pun sedang nazak? Kenapa masih bengong lagi? Nak berterusan begini sampai Kiamat kah?

Disebabkan lapuran Utusan Meloya yang tidak adil ini, tak pasal-pasal DMM kena serang oleh pelbagai pihak yang menuduh beliau sebagai seorang Menteri yang hanya sibuk dengan isu-isu remeh dan gagal menangani isu-isu lain mengenai tahap dan kualiti pendidikan di negara kita yang lebih besar dan serius.

Cuba bandingkan lapuran Utusan Meloya dengan posting oleh Pengarah PPUM sendiri di FB beliau :

Pengarah Ppum
October 15 at 9:23 PM

“Saya boleh mengesahkan sepanjang masa YB Dr Maszlee Malik berada di PPUM untuk lawatan mengejut hari ini, beliau tidak sepatah pun menyebut apatah lagi berbincang tentang “warna stokin” dengan pihak PPUM. Saya berada dengannya sepanjang masa beliau di sini dan apa yang dibincangkan bersama NC(UM), KP dan KSU adalah tentang potensi pengajaran dan penyelidikan yang cemerlang di PPUM dan untuk perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada rakyat Malaysia, terutama bagi mereka dari golongan yang berpendapatan rendah. Saya rasa perkara itulah sepatutnya ditekankan di dalam berita akhbar. Cara berita ini disampaikan sebaliknya menggunakan gambar dan masa lawatan beliau ke PPUM, dan memberikan tajuk akhbar ”perbincangan mengenai warna stokin” sangat mengelirukan pembaca. Saya harap pembaca semua ambil perhatian tentang perkara ini.”

Lapuran siapa yang kita nak percaya sekarang? Lapuran Pengarah PPUM atau Utusan Meloya?

Cubalah bersikap adil sikit lain kali.. Kamu dan bacakah Report Card DMM selama 100 pertama beliau di Kementerian Pendidikan? Kalau belum, klik di sini :

http://www.mohe.gov.my/media-kpt/kenyataan-media/940-100-hari-pertama-lebih-40-inisiatif-kementerian-pendidikan-malaysia

Berbagai-bagai inisiatif dijangka akan memberi impak besar kepada mutu dan kualiti tahap pendidikan negara yang sudah dan sedang digerakkan oleh DMM. Bukankah bagus kalau kamu lapurkan tentang benda yang betul dari membuang masa sebarkan fitnah dan kumpul dosa?