KEMPEN SELAMATKAN AL-QUDS / SAVE AL-QUDS CAMPAIGN

KENYATAAN MEDIA

KEMPEN SELAMATKAN AL-QUDS
SAVE AL-QUDS CAMPAIGN

29 Oktober 2014

Mutakhir, Zionis Israel telah melanjutkan proses pengyahudian di Baitul Makdis. Ini merupakan satu perkembangan yang kritikal kerana mereka akan membahagikan Masjid al-Aqsa di antara umat Islam dan kaum Yahudi. Kini, Zionis Israel sedang berusaha untuk meluluskan sebuah rang undang-undang bagi melaksanakan agenda jahat ini.

Sekiranya undang-undang ini dilaksanakan maka orang Yahudi boleh melaksanakan ibadah mereka di dalam Masjid Al-Aqsa. Undang-undang ini juga menghalang sebarang perhimpunan di dalam dan persekitaran masjid apabila ianya di kuatkuasakan.

Memandangkan situasi semakin meruncing, maka satu pertemuan dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia telah diadakan dan perkara-perkara berikut disepakati:-

1) Menyeru kerajaan Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin menerusi sidang khas di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mengutuk tindakan mencemar kesucian dengan membahagikan Masjid al-Aqsa

2) Memohon semua masjid di Malaysia mengadakan khutbah Jumaat khas mengenai situasi terkini di masjid al-Aqsa pada solat Jumaat bermula 31 Oktober 2014.

3) Menyarankan kutipan derma khusus untuk kempen Selamatkan al-Quds bermula solat Jumaat 31 Oktober 2014 di samping melaksanakan solat hajat.

4) Menyeru Kerajaan Malaysia memanfaatkan kedudukan sebagai negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menghalang Israel meneruskan projek Pengyahudian AL-Quds.

5) Menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lebih bersikap proaktif dengan menggembling seluruh kekuatan negara-negara Islam bagi menghalang projek Israel.

6) Menyeru media Malaysia serta antarabangsa membuat liputan dan rancangan khas tentang situasi terkini di Al-Quds bagi membangkitkan kesedaran menyelamatkan al-Quds