Solidariti Merentasi Perbezaan Mempertahankan Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Genap setahun Maulana Abdul Kader Mulatlah, Setiausaha Agung Jamati Islami Bangladesh syahid di tali gantung akibat hukuman zalim Mahkamah Internasional di Bangladesh.

Untuk ingatan, sejak tahun 2010 lagi Perdana Menteri Hasina Wajed membentuk Mahkamah Internasional berkenaan isu kejahatan perang Bangladesh untuk mengadili mereka yang dituduh melakukan kejahatan di masa perang 1971. Namun pengadilan itu telah dikritik luas kerana menjadikan lawan politiknya mangsa dan sasaran dan bertindak tanpa melibatkan pengawasan PBB.

Hukuman penjara seumur hidup pada bulan Februari berubah menjadi hukuman mati pada bulan Disember pada 2013. Perubahan hukuman terhadap Abdul Kader Mullah berpunca dari protes golongan sekular yang menganggap keputusan asal terhadapnya terlalu ringan dan mendesak hukuman lebih berat dikenakan.

Human Rights Watch yang berpusat di New York sebelum itu mengatakan prosedur hukuman yang digunakan oleh mahkamah itu tidak memenuhi standard internasional.

Jelasnya ia satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.
Nah, kini Ummat Islam berdepan dengan satu lagi episod pemangsaan zalim dan kali ini terhadap Ulama tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Langkah Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau kerana didakwa terbabit dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan kerajaan Mesir menampakkan pengguasa politik dunia yang sangat ringan terhadap sensitiviti Ummat Islam bahkan bersedia bersekongkol dengan regim diktator As-Sisi.

Tindakan Interpol jelasnya juga tidak langsung mempedulikan masyarakat antarabangsa yang mengenali tokoh cendiakawan Islam ini sebagai lambang ‘Kesederhanaan’ atau ‘Wasotiyyah’ Dunia Islam dengan kepemimpinan serta pencerahan bimbingan ilmunya, yang juga antara tokoh Ulama yang mempelupori ‘Dialog Antara Peradaban’  atau ‘Civilizational Dialogue’, sekaligus mampu menangani konflik dan ekstremisme beragama.

Semasa Kebangkitan Rakyat berdepan dengan kezaliman regim diktator Mesir beliau menekankan pendekatan aman secara demokrasi dan tidak mengizinkan Pemuda mengambil pendekatan kekerasan.

Apakah tindakan pemimpin negara Ummat Islam khasnya Malaysia yang pernah menganugerahkan beliau Tokoh Ma’al Hijrah sedikit waktu dahulu? Apakah respons kepimpinan negara-negara Ummat Islam khasnya dalam OIC?

Bahkan saya minta untuk melanjutkan penggemblengan Solidariti ini secara lebih ‘lnclusive’ dan meluas lagi dengan meminta supaya President Obama sendiri campur tangan dalam mempastikan permintaan Mesir tidak diraikan dan dilaksanakan INTERPOL.

Kalau Presiden Obama mampu melakukan Pemulihan Hubungan Diplomatik dengan Presiden Raus Castro dan Cuba, yang pernah ditanggapi Amerika Syarikat sebagai ‘Penaja Terrorisme’, maka tentunya Presiden Obama mampu mempastikan seorang tokoh Ulama terbilang di dunia Islam ini diberikan segala kemuliaan perlindungan dan tidak dihina sebegini.

Lanjutan itu juga Ummat Islam sangat berbesar hati sekiranya Pope Francis, Pontif Vatican, selaku mewakili 1.2 bilion warga Katolik Kritian menghulurkan Solidariti bagi mempastikan sekaligus gejala ‘Islamophobia’ dapat dikendurkan dalam perhubungan antara agama yang sedang melalui proses pemulihan mutakhir ini.

Membiarkan hanya Ummat Islam sahaja bertindak seolah-olah ini hanya isu Ummat Islam jelas mempamerkan erti ‘demokrasi yang lompang’ serta mengesahkan ‘hipokrasi yang mendalam’. Pastinya itu sangat mengaibkan buat pelupur dan penganjur sistem demokrasi di dunia ini.

Wajib untuk semua pemimpin negara ummat Islam bersekali dengan penggemblengan seluruh kepimpinan dan masyarakyat antarabangsa bertindak memberhentikan pemangsaan politik seperti yang dilakukan ke atas Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi, bagi menjernihkan erti Kedaulatan Undang-undang atau Rule of Law dan maksud ‘Demokrasi Untuk Semua’!

Inilah antara langkah paling konkrit bagi menyuburkan budaya ‘Kesederhanaan (Moderation) dan Keharmonian Tamaddun Manusia’ dalam abad 21 Masehi ini dengan sama-sama membenteras ketidakadilan, kezaliman dan kediktatorian.

Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS

RESPONSE TO PRESS RELEASE FROM PROMINENT MUSLIMS PUBLISHED IN THE STAR 8 Dec 2014

9 Dec 2014

Muslim Professional Forum

RESPONSE TO PRESS RELEASE FROM PROMINENT MUSLIMS PUBLISHED IN THE STAR 8 Dec 2014

MPF welcomes this initiative as we have always been engaging civil societies and encouraging dialogue.

Between the looming threat of neo – conservative Islam and hyper liberal Islam, there is an even urgent need to tread the middle path as enshrined in the Quran in Al Baqarah, Chapter 2:143, “Thus we have appointed you a middle nation, that you may be witness against mankind…”

These acutely polarised positions of Islam has obviously disturbed the conscience and intellect of the “Malay Elite” but more critically it has defied the concept of “wasathiyah” or middle path.

There is a pressing need to celebrate the tradition of at-Tasaamuh or being mutually respectful and Al-Muruunah or being flexible which inevitably calls for managing ‘Differences’ and ‘Dissent’ amicably in the public sphere within the Muslim Ummah and all the more so in the bigger context and constituency of the nation.

Being inflexible and oftentimes judgemental to the point of a penchant to pronounce others as ‘unislamic’ or even ‘kafir’, in peripheral issues (khilafiah) and realms where differences are permitted, would spell doom for this very plural nation of ours. .

We strongly encourage all to participate in the ensuing discourse and together articulate in meaningful ways the views of authentic mainstream Islam on important issues of the day, legal or otherwise.

Board of Directors
MPF