20 April 2015
Muslim Professionals Forum (MPF)
Press Release
We refer to the protest by some 50 residents in Taman Medan over the display of a cross on a newly minted church.
This mindless act of hatred and incitement against another religion’s place of worship has no place in Islam and deserves unreserved condemnation.
Islam is rich with examples of respect for other faiths, their adherents and protection of their places of worship.
Let us take heed from the best of examples, the prophet Muhammad, peace and blessings be upon him. In a well documented incident, the Prophet received a delegation of sixty Christians from Yemen at his mosque in Madina. They were led by a bishop, Abu Haritha ibn Alqamam, a well respected authority on Christianity. When the time for their prayer came, they faced the direction of east and prayed. Some Muslims out of ignorance protested but the Prophet ordered that they be left in their state and not harmed.
Yet another famed example is that of Umar ibn Al-Khattabb, the second righteous caliph. During his reign the religious freedom of the citizens of Ilya (Jerusalem) and the sanctity of their synagogues and places of worship were confirmed: “This is the protection which the slave-servant of Allah, Umar, the Commander of the Believers, extends to the people of Ilya: The safeguarding of their lives, properties, churches, crosses, and of their entire community. Their churches cannot be occupied, demolished, or damaged, nor are their crosses or anything belonging to them to be touched. They will never be forced to abandon their religion, nor will they be oppressed …” (At-Tabari, Tarikh, Vol III, p. 609, ed. Dar Al-Ma`arif, Egypt.)
It is evident that there is no room in Islam for intolerance towards other faiths and their places of worship and any form of disrespect and desecration is antithetical to the essence of Islam. We urge the authorities to take firm action against the said protestors.
Malaysia is a beautifully plural and diverse nation and we call on all to enforce our respect for one another and their beliefs.
We end with the following all embracing verse.
O mankind! Indeed, We created you from a male and a female and We made you nations and tribes that you may know one another. Al Hujurat 49:13
Let us put an end to all enmity and hatred and get to know one another.
Board of Directors
MPF
20hb April 2015
Kenyataan Akhbar Forum Profesional Muslim (MPF)
Kami rujuk kepada tunjuk perasaan yang diadakan oleh sejumlah kira-kira 50 orang penduduk Taman Medan yang membantah paparan tanda salib di sebuah gereja yang baru sahaja ditubuhkan secara rasmi.
Tindakan yang merupakan cubaan sengaja menimbulkan kebencian dan tentangan terhadap rumah suci sebuah agama lain sedemikian sama sekali tidak wajar dan tiada tempat dalam agama Islam, malah wajar dikecam sekeras-kerasnya.
Agama Islam cukup kaya dengan pelbagai contoh teladan yang jelas dalam menghormati agama-agama lain, penganut-penganutnya, malah tuntutan untuk bertanggungjawab dalam melindungi tempat-tempat ibadat mereka.
Pengajaran yang terbaik dan paling jelas tentulah daripada junjungan Nabi Muhammad SAW sendiri. Dalam riwayat yang tercatit luas, baginda Rasulullah SAW pada suatu ketika telah menerima kehadiran rombongan 60 orang Kristian dari Yemen di Masjid Nabawi di Madinah. Rombongan terbabit diketuai seorang biskop, Abu Haritha ibn Alqamam, seorang alim yang disegani oleh masyarakat Kristian pada waktu itu. Tibanya waktu solat, mereka bersembahyang dengan berkiblatkan arah timur. Beberapa orang Islam ketika itu bangkit menunjukkan rasa tidak puas hati namun telah ditegah oleh baginda Rasulullah SAW. Mereka diarahkan oleh Baginda untuk membiarkan golongan Kristian terbabit dalam keadaan sedemikian dan tidak diancam.
Satu lagi contoh jelas merupakan khalifah agung Islam yang kedua Sayyidina Umar ibn Al-Khattab RA di mana kebebasan beragama penduduk-penduduk di Ilya (Jerusalem) dan kesucian sinagoga beserta rumah-rumah ibadat mereka cukup jelas terpelihara di bawah pemerintahannya; “Inilah perlindungan yang dipanjangkan oleh hamba Allah, Umar, Khalifah kepada orang-orang beriman, kepada penduduk-penduduk Ilya: yakni perlindungan terhadap nyawa-nyawa, harta-harta, gereja-gereja, salib-salib, dan seluruh kabilah mereka. Gereja-gereja mereka tidak boleh dirampas, dijatuhkan, mahupun dibinasakan, juga tidak ada salib-salib mereka mahupun apa sahaja barangan kepunyaan mereka yang boleh disentuh. Mereka tidak akan sama sekali dipaksa meninggalkan kepercayaan mereka atau pun ditindas…” (At-Tabari, Tarikh, Jilid III, ms. 609, ed. Dar Al-Ma`arif, Mesir.)
Hal ini menjadi bukti bahawa tiada tempat dalam Islam untuk ketidaktoleransian terhadap agama-agama lain dan rumah-rumah ibadat mereka. Sebarang bentuk kebiadapan atau penghinaan terhadap mereka begitu bertentangan sekali dengan initipati ajaran Islam. Kami mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap penunjuk-penunjuk perasaan ini.
Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup cantik dalam kemajmukan dan kepelbagaiannya. Kami menggesa semua pihak untuk meneguhkan lagi sifat hormat-menghormati di antara yang berlainan kepercayaan dengan kita.
Kami sudahkan dengan kalimah daripada Al Quran yang cukup meluas dan mendalam maksudnya, seperti berikut:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al Hujurat 49:13)
Marilah sama-sama kita menoktahkan segala bentuk permusuhan sesama kita dan berusaha untuk lebih kenal-mengenali di antara satu sama lain.
Lembaga Pengarah
MPF